Kegunaan Plantain betul

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ogos 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Pisang tanduk sedap digoreng, direbus, dipanggang, dikukus atau dibakar.

Di negara-negara Amerika Tengah dan kepulauan Caribbean, pisang tanduk digoreng, direbus atau dimasukkan ke dalam sup. Di Kerala, pisang tanduk yang ranum, dikukus dan dimakan sebagai sarapan. Di Ghana, pisang tanduk dijadikan sebagai masak rebus. Selain itu, pisang tanduk yang ranum digaul dengan rempah digoreng dengan minyak kelapa sawit atau minyak kacang tanah.

Di selatan Amerika Syarikat, terutama di Texas, Louisiana dan Florida, pisang tanduk dibakar atas gril. Di Guatemala, pisang tanduk direbus, dilenyek dan disumbat dengan kacang hitam yang dimaniskan. Kemudian, digoreng bersama minyak jagung atau minyak bunga matahari.  Di Puerto Rico, Republik Dominica dan Cuba, pisang tanduk direbus, dilenyek dan kemudian dimakan bersama telur goreng untuk sarapan.

Pisang Tanduk mentah.Pisang Tanduk yang digoreng manis.